Saturday, February 20, 2010

SALAM

Askm wth, banyak hari yg saya lalui tanpa sempat menjenguk untuk menulis disini. sebenarnya saya baru sahaja keluar dari hutan sempadan perak kelantan bersama 2 orang rakan. kira kira 10 hari kami dihutan. banyak yg ditempuhi sepanjang masa tersebut. saya benar benar keletihan. ada beberapa barang yg berjaya kami temui dan dapat ambil. antaranya ialah kayu teras kemuning emas yg didalamnya terdapat seketul batu bukit sebesar penumbuk. laginya saya begitu bertuah dapat megambil teras kayu lako yg menyerupai seperti seekor ular tedung selar. juga kami juga mendapat sebatang kayu larak salah yg menembusi sebatang pokok besar. InsyaAllah jika ada masa saya akan tunjukkan pada semua.

cumanya pada hari ini saya ingin sambung sedikit saja cerita batu delima merah yg dulu dimana saya berhubungan dengan orang dari kerajaan brunai darussalam. sambungan dirumah pak andak dipagi itu amat mengujakan sekali. kami naik kerumah pak andak. semuanya didalam rumah pak andak ada 7 orang. saya, 3 orang kawan dari brunei, pak andak sendiri dan 2 orang kawan pak andak. kawan dari brunei menyerahkan beg berisi RM200k kepada pak andak. setelah pak andak puas hati, maka beliau mengeluarkan barangnya yg ditunggu tunggu yakni batu delima merah. rakan saya dari perbendaharaan brunei berbicara bahawa beliau sekali kali tidak mahu meyentuh batu delima tersebut, biarlah pak andak sendiri atau orang lain saja yg pegang.

pada ketika yg sesuai itu ujian dibuat untuk membuktikan batu delima merah tersebut adalah seperti yg dikehendaki. saya akan sambung cerita ini nanti.
Askm.

Thursday, January 7, 2010

Tetamu Dari Brunai Darussalam

Assalamualaikum wth dan kiranya belum terlewat saya ucapkan selamat tahun baru 2010.

Alhamdulillah saya diberi kesempatan meneruskan blog saya ini, sehubungan dengan cerita yg lama tertangguh, ingin saya sambung kembali, semoga ada sedikit iktibar dan pelajaran yg boleh tuan/ puan ambil dari pengalaman saya yg cetek ini.

di akhir tahun 2008, saya menerima tetamu dari brunai darussalam. orang kerajaan dari jabatan perbendaharaan kerajaan brunai darussalam. biarlah saya tidak mendedahkan nama, datang 3 orang semuanya ke teratak buruk saya. yg mana hajat dan tujuan telah jelas pada saya awal awal lagi mereka berhubung melalui telefon dengan saya. tidak lain dan tidak bukan berurusan atas batu delima merah berkhadam.

sebenarnya kedatangan saudara kita dari brunai ini telah saya usahakan dengan sebaik mungkin, kepada tujuan yg termaksud juga telah saya akad janji, yakni bagi berurusan dgn Pak andak (nama panggilan di kampungnya) di kuala kerai, kelantan. pak andak ini lah tuan empunya batu delima merah yg dicari oleh orang orang brunai ini. sebelum datang berurusan menemui pak andak ini, ada syaratnya yg diminta yakni bila bertemu beliau, orang-orang brunai perlu membawa wang mahar awal sebanyak RM200 ribu. itu syarat yg dituntut oleh beliau dan pada pagi jumaat itu mereka bertiga bersama saya bertandang ke rumah pak andak di kuala kerai bersama wang tunai RM200 ribu. insyaAllah saya sambung semula kisah ini, wasallam

Tuesday, December 29, 2009

Salam Maal Hijrah dan Selamat menyambut Tahun Baru 2010

Assalamualaikum wth,
dikesempatan kali ini saya hanya ingin mengucapkan salam Maal Hijrah dan selamat menerima tahun baru 2010. perihal batu delima merah dahulu saya akan bicarakan di lain kali.
pastinya setiap kali sambutan tahunbaru hijrah atau tahun baru masihi, kita pasti bercakap tentang azam baru. azam baru ibarat pakaian baru yg kita perlukan setiap kali meyambut ketibaan hari raya. jadi setiap kita perlu ada azam baru, azam ibarat penanda aras kemajuan atau kejayaan atau had yg kita capai pada tahun tersebut. perlu diingatkan azam tidaklah sama dengan impian, impian adalah sesuatu perkara yg kita mahu dapat dan boleh jadi diluar batas realiti kekuasaan dan keupayaan, impian jika tidak dicapai tidaklah menjadi apa apa, impian boleh dikatakan saudara kepada mimpi.

azam tidak lah sama, azam ialah sesuatu kehendak atau target yg realistik berdasarkan keupayaan diri masing masing. azam lebih mempengaruhi perasaan kita andai apa yg kita azamkan pada tahun lepas tidak kita capai. pada azam wujud perasaan marah, kecewa, gembira dan kepuasan. jadi berazamlah kita dengan azam yg baik. semoga berjaya.

Tuesday, December 1, 2009

DELIMA MERAH - Raja batu permata

Assalamualaikum wth,
telah saya khabarkan khasiat yg menjalari batu delima merah berkhadam dan pada kali ini saya ingin hebahkan lagi maklumat maklumat lain perihal batu yg hebat ini.

maklumat ini adalah suatu yg agak rahsia dan tersorok dari pegentahuan orang ramai. mengapakah bila kita perkatakan tentang batu delima merah berkhadam, maka kita biasa dengar tentang penglibatan kerabat diraja brunei darussalam yg terus terusan berminat memilikinya? malah harga yg ditawarkan amat amat lah diluar batas pemikiran kita. tahukah tuan/puan sekalian harga yg biasa ditawarkan oleh kerabat dari brunei untuk pindah milik batu delima berkhadam ini?
jangan terkejut kerana harga yg ditawarkan ialah jutaan ringgit. ada yg tawarkan 10 juta, 25 juta malah mahar pinangan tertinggi yg saya ketahui ialah rm100 juta. memang melangkaui batas pemikiran kita tetapi ini semua adalah realiti. bukan omongan kosong.

mengapa kah begitu mahal orang sanggup belanjakan wang untuk memiliki batu yg hebat ini?
saya ada sedikit pengalaman dan secebis hubungan hubungan dengan kawan kita dari brunei ini. dan saya akan ceritakan kisah dan pengalaman saya berhubung dgn perkara ini dilain masa.

Monday, November 9, 2009

Batu Delima Merah berkhadam

Assalamualaikum wth,
ingin saya ceritakan perihal batu delima merah berkhadam. inilah kemuncak kepada pemilikan batu cincin dan permata bagi sebilangan besar masyarakat kita. setiap orang sememangnya berkeinginan untuk memiliki batu delima ini, yang diketahui dan dipegang kuat dgn kepercayaan bahawa delima merah berkhadam akan memberikan kekuatan dan keajaiban yg amat luarbiasa keadaannya, mempengaruhi pada kehidupan seharian, bisa menjadikan pemiliknya kaya raya, terhindar segala bala, kulit tidak ampuh di hiris senjata yakni kebal,terpandang dimata umum dengan kewibawaan dan kuasa dan diyakini membawa laba keuntungan dan kejayaan dalam hidup.

nah, inilah dia keistimewaan yg ada pada batu delima merah berkhadam ini. Alkisah dari cerita lisan mulut ke mulut bahawa batu delima ini jika direndam di dalam gelas yg berisi air jernih, maka akan menjadikan seluruh air dalam gelas tersebut merah warnanya. dan jika ditambah lagi 10 gelas terisi air dan diletakkan bersama gelas yg ada batu tadi, maka kesemua gelas yakni 11 biji gelas berisi air tadi akan berwarna merah kesemuanya. hebat bukan? memang hebat dan memang terbukti keadaan ini benar terjadi.

saya akan sambung maklumat ini bila saya ada kelapangan nanti. Wasallam

Monday, October 5, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum wth,
lamanya saya tertangguh untuk berbicara diruangan blog saya ini. begitulah saya, terlalulah sibuk tambahan pula ada kematian ahli keluarga. Alhamdulillah saya masih sihat waafiat dan semoga tuan/ puan juga sehat sejahtera.

Jadi rasanya masih tak terlewat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATHIN kepada semua pembaca setia blog saya ini dan semua peminat batu cincin.com. InsyaAllah saya akan teruskan usaha berbicara disini selagi ada kelapangan dan waktu.

sekian

Thursday, August 27, 2009

UJIAN BUNTAT ULAR

Assalamualaikum wth,
maaf kerana terpaksa ringkaskan cara saya menguji buntat ular. sebenarnya saya dah tulis panjang lebar tp tidak sempat nak save, line internet saya putus, habis hilang semua yg ditulis. jadi sempena ramadhan ini biarlah kita ringkaskan kerana kita semua memang kesntukan masa. almaklumlah siang hari puasa, malam hari pula bersolat tarawikh.

cara kedua saya uji sama ada geliga ular asli atau tidak ialah dgn mengadukan geliga tersebut berhadapan dgn ular tedung selar. sebenarnya apa-apa jenis ular pun kita boleh uji kan. bilamana geliga diadu dimuka ular, maka secara tiba-tiba ular tersebut tundukkan kepalanya seolah-olah bersujud selama lebih kurang 5 saat. kemudian ular tersebut bingkas bangun dan berlalu pergi. saya akui keaslian geliga ular ditangan saya kemudian cara yg ketiganya ialah...

hanya pakaikan geliga atau buntat ular tersebut dijari kita, bila mana saya memakainya dan semasa berjalan, saya sentiasa bersua dengan sebarang jenis ular samaada kecil atau besar melintas di hadapan atau ditepi saya. seolah-olah mengekori saya tetapi ular-ular tersebut tidak datang hampir, ular-ular tesebut hanya menampakkan diri mereka sekali lalu atau lintas saja kemudian hilang didalam semak belukar. itulah ceritanya perihal saya menguji geliga ular dan memilikinya pemberian dari pak hanif. dan satu pesanan dari pak hanif untuk saya supaya jangan sekali-kali menjual geliga ular tersebut walau apa keadaan sekalipun, jika saya kesulitan wang sekalipun saya tidak boleh menjualkannya. dan jika saya tidak mahu menyimpan geliga itu lagi, perlu diberikan kepada orang yg layak tanpa sebarang bayaran wang. itulah pesanan yg saya tanggung. sekian wassallam