Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Assalamualikum wth kpd semua peminat batu cincin dn permata. hari ini kita semua melangkah kehadapan yakni masuk ke tahun 2009. ramalan ekonomi pada tahun baru ini dijangkakan akan turun agak drastik dan ini akan memberi kesan kpd semua peringkat golongan terutama nya golongan berpendapatan pertengahan dan rendah.

walau apapun yg bakal kita tempuhi di tahun baru ini, jangan kendurkan semangat juang kita. seharusnya kita memperkuatkan keazaman dan tekad untuk mencapai apa yg kita mahu dan berjaya walau apa jua bidang yg diterokai.

saya ditahun 2009 ini mempunyai perancangan yg amat banyak, yg paling utamanya saya akan ke negara burma dan thailand untuk urusan batu cincin. juga saya akan ke indonesia yakni ke pasar batu di jogjakarta berurusan tentang batu cincin ini. apapun selamat tahun baru kepada semua peminat batu cincin dan pelanggan batu cincin dari saya. emoga kita semua diberi hidayah untuk mencariNya. Amin.

Saturday, December 27, 2008

Sumbu Badak dan Delima Merah( batu bukit)



Assalamualaikum th, Sambungan drp maklumat yg saya berikan sebelum ini yakni mengenai sumbu badak jadi batu dan batu delima merah bukit. khasiat batu sumbu badak ini paling utamanya sebagai penawar bisa paling ampuh. saya pernah melihat anak kepada pemain ular yg membuat persembahan di hadapan umum. kank-kanak ini umurnya 11 tahun membuat persembahan yg tiba-tiba dipatuk oleh ular yg dimainkanya yakni seekor ular tedung selar sepanjang hampir 2 meter setengah. bayangkan bisa ular berkenaan yg meresap ke tangan kanak-kanak itu jika tidak segera dibawa kehospital dlm 20 minit boleh bawa maut. tatapi bapanya seorang pemain ular jg penjual ubat, dgn segera melekatkan batu sumbu badak kebahagian yg dipatuk ular tadi.


orang ramai jadi panik melihat peristiwa tersebut tetapi bapa kanak2 itu dgn tenang berusaha memulihkan anaknya. Saya telah berjumpa bapa kanak-kanak itu dihari lain dan bertanyakan peristiwa yg berlaku masa anaknya dipatuk ular. beliau menelaskan anaknya terus pulih tanpa ke hospital selepas batu sumbu badak dilekatkan dibahagian patukan yang menyedut keluar semua bisa ular tedung selar tersebut. jika kita basahkan jari dan pegang batu sumbu badak ini, kita akan merasai kuasa sedutan pada jari. itulah khasiatnya yg utama bagi batu ini, yang asalnya sumbu badak tertanam beratus-ratus tahun di perut bumi sehingga berubah jadi bahan fosil batu.
Batu Delima merah bukit

inilah rupanya batu delima merah (batu bukit) yang dijumpai disebuah bukit di indonesia. warna merahnya tidak seperti ruby biasa (warna merah lembut) dengan akar batunya pd bahagian dalam batu amat cantik. inilah kali pertama saya jumpa batu jenis ini. khasiatnya saya sedikit kabur tetapi sedikit yg saya tahu khasiat yg paling utamanya ialah kekuasaan dan bangkitkan aura kewibawaan. inilah diantara koleksi batu yg paling saya sayang, Ruby burma biasa kita lihat dan boleh kita dapati dgn wang ringgit tetapi ruby bukit ini tiada dipasaran, tidak dapat dibeli walaupun kita ada wang yg banyak. Wallhualam.

Friday, December 19, 2008

BATU DELIMA MERAH (BATU BUKIT), SUMBU BADAK JADI BATU

Assalamualaikum wth,
kembali saya utk menulis di ruangan ini, maaf dipinta tidak konsistent menulis disini kerana kesibukan waktu. saya amat - amat sibuk kebelakangan ini sampaikan email dan sms yg dihantar kadang-kadang lewat dibaca. apapun InsyaAllah akan saya usahakan sebaiknya dan sebolehnya untuk memberi maklumat diruangan ini.

baru sahaja dalam minggulepas saya mendapat sebiji batu delima bukit (delima merah) dan sumbu badak jadi batu. kedua -dua batu ini agak pelik dan menarik untuk dikongsi bersama.

pertamanya batu delima merah( batu bukit) yang diperolehi amat menarik sekali. kebanyakan delima merah (ruby) biasa kita dengar dan lihat dimerata kedai dan dipakai kebanyakan orang tetapi julung-julung kali saya melihat batu delima bukit (warna merah). amat cantik air batunya, sangat unik dgn warna merahnya menawan. saya tidak pasti kekerasan batu ini adakah sama dgn ruby biasa tetapi amat berbangga saya memilikinya dgn ikhtiar dan bayaran wang. saya akan certakan khasiat batu delima ini di kemudian hari dan saya akan sertakan gambarnya sekali nanti.

Satu lagi batu menarik yg saya baru dapat ialah sumbu badak jadi batu. pelik bukan?
tidak perlulah tuan-tuan semua pelik memikirkan batu yg istimewa ini! Penjelasanya begini.....

sumbu badak ini sebenarnya sumbu badak biasa tetapi tertanam diperut bumi sehingga ratusan ribu tahun lamanya sehingga proses perubahan mineral di perut bumi mengakibatkan sumbu badak ini menjadi fosil yakni batu. inilah barang purba yang amat sukar didapati. saya dapatkannya dgn usaha yg agak sukar (temasuk wang ringgit). saya akan tunjukkan gambarnya dan beritahu khasiatnya dilain kali. jika tuan-tuan nak tahu berapa fidyah ntuk kedua-dua barang ini, tunggulah sehingga saya pamirkan dilaman web saya. disini saya tidak mahu sentuh soal bayaran dan harga. sekian dulu. wasallam wth.

Monday, December 1, 2008

Selamat Meyambut Hari Raya Idul Adha

Askm. selamat diucapkan kepada bakal-bakal tetamu Allah yang akan berangkat ke tanah suci menunaikan fardhu haji. semoga mendapat haji yang mabrur.

Idul Adha tahun ini saya awal-awal lagi sudah ada dikampung, seronok menyambut raya haji ini di kg kerana amat meriah macam hari raya puasa jg. saya telah membuat tempahan awal-awal lagi untuk melaksanakan ibadah korban, satu bahagian sahaja. semoga niat dan amal kita walau sikit asal yg ikhlas diteriama oleh yang Maha Menciptakan sekalian makhluk.

pada kali ini saya tidak ingin meyentuh soal batu cincin, saya sekadar ingin memberikan suatu madah seperti dibawah, semoga dapat menarik kita berfikir.

kapankah waktu lagi aku terus terhijab berlapis-lapis
sedang rindunya hati ini untuk mengetuk pintu hakikat
alangkah indahnya dunia, menarik dan membelaiku hingga tertarik
lantas tenggelamlah aku dalam keindahan setiap masa
lalu mana ada lagi fikiran dan rindu utk mengenal hakikat insan?