Friday, January 30, 2009

CERITA SATU

Asslamualaikum semua, saya akan menceritakan kisah perihal batu delima merah. kejadian ini berlaku kerana rasa taksubnya segelintir drp kita tentang perkara2 yg ajaib dan dipercayai ada kekuatan yg tinggi sehingga bisa memberikan apa saja impian dan cita-cita mereka. padahal mereka sebenarnya tertipu dan terkena oleh muslihat2 dan teknik2 yg amat mengaburi mata.

seingat saya dalam sebelah petang ketika saya berniaga di kedai, datang seorang lelaki dengan raut wajah yg sugul dan tergesa-gesa yg menunjukkan lelaki ini mungkin berdepan dgn suatu masaalah. saya bicarakan lelaki ini dgn nama A, umurnya sekitar 40 an.

si A memberi salam kepada saya kemudian mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya. ianya adalah satu bag warna kuning saiz kecil yg mugkin dijahit sendiri. kemudian meminta tolong kpd saya supaya menengokkan batu delima merahnya yg dikeluarkan dari beg kuning tadi. katanya..."en boleh ke pulihkan batu delima merah saya ni. dulu ianya mengeluarkan warna merah yg cukup terang bila dipegang bahagian atas dan bawahnya dan dulu batu itu juga mengeluarkan warna merah jika dimasukkan kedalam air yg jernih. tapi lama kelamaan cahaya nya makin malap dan sekarang hilang terus" .

kesian saya tengok si A ni. bersunguh-sunguh dia menceritakan masaalahnya pada saya. saya bertanyakan dari mana dapat delima merah tersebut dan berapa harganya? saya ambil batu tersebut dan pegang/ membelek-belek batu delima itu.memang cantik batunya setanding dengan delima merah simpanan peribadi saya yakni dari burma.

kemudian saya amat terkejut apabila si A menceritakan batu delima merah itu diperolehi dari seorang wak dari tanah jawa melalui perantaraan seorang temanya. siA dan rakanya sebenarnya telah lama mencari - cari untuk memiliki batu delima merah yg berkhadam ini. mereka percaya batu delima merah itu bisa memberikan kejayaan dan kekayaan kepada mereka jika mereka memilikinya. (inilah realiti kepercayaan masyarakat melayu kita hari ini, saya telah berjumpa ramai yg memperkatakan/berkehandak memiliki batu delima merah berkhadam ini kerana tujuannya yg sama seperti siA tadi)

saya bertanya pula tentang bayaran yg di beri untuk batu delima tersebut? kemudian saya bukan sahaja terkejut malah beristigfar saya bila diberitahu harga yg dibayar untuk sebiji batu delima merah itu ialah RM20.000. Ya Allah mahalnya' - terpancul kata-kata itu dari saya.

nanti saya akan sambung lagi kisah ini...

Wednesday, January 28, 2009

Sekadar Pengalaman

Assalamualaikum wth semua pengunjung laman blog ini. semoga kita semua menjalani kerja-kerja seharian dengan baik dan dirahmati Allah swt. setelah sekian lama berbicara soalbatu-batu cincin dan permata, saya fikir ada juga baiknya dicoretkan diruangan kecil ini pada sebahagian drp pengalaman saya yg sekelumit cuma, sekadar untuk berkongsi cerita dan jika yg baik, ambil dan perhatikanlah untuk dijadikan tauladan dan yg tidak baik, jadikanlah sempadan.

Saturday, January 17, 2009

Bicara Batu Zamrud

Assalamualaikum wth saudara/ saudari,
saya ambil sedikit peluang pada kali ini untuk membicarakan perihal batu zamrud. saya tahu ramai peminat batu cincin telah sedia maklum sedikit sebanyak tentang batu yg dominan dgn warna hijau ini. BATU ZAMRUD adalah diantara batu-batu mulia yg tinggi nilainya dan diminati ramai kerana keindahan dan khasiat yang menjalarinya.

lihatlah pada bahagin dalam batu zamrud (gunakanlah kanta pembesar), anda akan melihat keindahan urat batunya didalam kejernihan/kedalaman airbatunya. lihat lah itu semua pada batu zamrud colombia (zamrud paling berkualiti tinggi dan paling mahal harganya), seolah-olah hati yg sedang ribut pun akan berheti sebentar dek terpukau/ kagum dgn keindahannya,

lihatlah lagi dari segi khasiatnya, anda akan dapati keistimewaan batu zamrud juga adalah memuncak standing dgn ruby. khasiatnya bisa membawa kepada kekuatan, keagungan, kewibawan dan kekuasaan pada pemakainya. satu lagi yg istimewa pada batu zamrud adalah khasiat rahsia ilmu pengasih yg ampuh, bisa memikat hati orang yg kita berkenan dan jatuh cinta.

peminat batu cincin yg memesan batu zamrud daripada saya akan diperturunkan ilmu pengasih batu zamrud ( saya akan perturunkan hanya kepada yang meminta mahu diajarkan ilmu ini sahaja), bagi mereka yg memesan dan tidak membuat permintaan, saya tidak akan perturunkan.

ketemu semula dilain masa, diharap medan maklumat dan ilmu ini sedikit sebanyak bermanafaat kepada yg ingin tahu dan meminati bidang batu cincin dan permata ini. sekian

Saturday, January 10, 2009

Kewajipan Jihad Atas Semua Orang Islam

Assalamualaikum wth,
tahun baru disambut dgn azam baru bagi setiap orang. tidakkira apa azam kita semua, kepada semua umat islam, kita mesti meletakkan satu azam lagi atas diri masing-masing, tidak dapat tidak, wajib atas kita berazam untuk berjihad melawan 'alkaafirun laknatullah' yakni regime zionis yg sedang berbuat kekejaman keatas saudara kita di negara Palestine.

Tanamkanlah azam ini wahai saudara/ saudari, kita akan terus berjihad melawan israel dan sekutunya walau dgn apa cara sekalipun dan setiap dari kita boleh menjalankan kewajipan jihad ini sesuai dgn keadaan diri kita masin -masing. jadilah kita sebahagian dari tentera jihad ini walaupun sumbangan kita hanya sekecil cuma.

Jihad ini tidak semestinya mengangkat senjata turun kemedan perang, medan jihad Fisabilillah ini luas, berperanglah melawan kaum israel laknatullah ini di medan juang kita. tidak kira siapa kita, kewajipan jihad ini mesti diletakkan di atas kepala kita.

inilah medan jhad yg boleh kita jalankan sesuai dgn diri masing2, pastikan dicabang mana kita boleh berjihad, sesungguhnya orang2 yg berjuang pada jalan Allah (Fisabilillah) ini akan mendapat kasih Allah dan dapat kejayaan yg hakiki di dunia dan tempatnya diakhirat adalah Syurga.