Askum wth. sedikit panduan bersama perihal batu yg biasa disebut-sebut ramai peminat batu cincin iaitu batu besi melilih. ramai orang tahu sebut batu besi melilih tetapi tidak tahu khasiat dan perihal megenainya. batu ini wujud kebiasaannya diperut bumi yg bergunung ganang dan berbukit. bewarna hitam pekat biasa ditemui dalam saiz yg besar-besar. sebenarnya batu besi melilih juga pernah direkodkan ditemui dalam warna merah bercampur hitam.
saya dengan beberapa orang kawan pernah mendapat 2 ketul besi melilih sebesar penumbuk dewasa pada tahun 2008 di bukit panau daerah pasir mas kelantan. ketulan besar ini perlu dicanai dan di moleskan kepada saiz yg kecil yang sesuai dibuat batu cincin. batu melilih ini pada asasnya berada jauh kedalam perut bumi, di dalam peringkat ini suhu dasarnya adalah panas dan unsur besi melilih ini akan mencair seperti timah atau logam lain yg cair akibat kepanasan pada tahap kecairanya. jadi apabila berlaku pergerakan dalam lapisan bawah bumi, sedikit daripada unsur besi melilih yg cair ini akan bergerak naik kepada lapisan atas dan bila berada dilapisan atas unsur tersebut yg asalnya cair akan mengeras akibat suhu sejuk. maka itulah yg kita temui batu besi melilih yg berketul sedemikian.
besi melilih ini tidak akan melekat kepada besi seperti besi berani atau magnet. jangan salah anggap bila ada orang menunjukkan batu ini akan melekat di besi. jika demikian ia adalah bukan batu besi melilih yang asli. khasiatnya diketahui untuk penawar penyakit tertentu termasuk digunakan pada urusan melibatkan alam jin. keistimewaan lain digunakan sebagai pertahanan diri dan barang kesukaan makhluk ghaib. Wallahualam.
Wednesday, June 17, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)