Saturday, January 17, 2009

Bicara Batu Zamrud

Assalamualaikum wth saudara/ saudari,
saya ambil sedikit peluang pada kali ini untuk membicarakan perihal batu zamrud. saya tahu ramai peminat batu cincin telah sedia maklum sedikit sebanyak tentang batu yg dominan dgn warna hijau ini. BATU ZAMRUD adalah diantara batu-batu mulia yg tinggi nilainya dan diminati ramai kerana keindahan dan khasiat yang menjalarinya.

lihatlah pada bahagin dalam batu zamrud (gunakanlah kanta pembesar), anda akan melihat keindahan urat batunya didalam kejernihan/kedalaman airbatunya. lihat lah itu semua pada batu zamrud colombia (zamrud paling berkualiti tinggi dan paling mahal harganya), seolah-olah hati yg sedang ribut pun akan berheti sebentar dek terpukau/ kagum dgn keindahannya,

lihatlah lagi dari segi khasiatnya, anda akan dapati keistimewaan batu zamrud juga adalah memuncak standing dgn ruby. khasiatnya bisa membawa kepada kekuatan, keagungan, kewibawan dan kekuasaan pada pemakainya. satu lagi yg istimewa pada batu zamrud adalah khasiat rahsia ilmu pengasih yg ampuh, bisa memikat hati orang yg kita berkenan dan jatuh cinta.

peminat batu cincin yg memesan batu zamrud daripada saya akan diperturunkan ilmu pengasih batu zamrud ( saya akan perturunkan hanya kepada yang meminta mahu diajarkan ilmu ini sahaja), bagi mereka yg memesan dan tidak membuat permintaan, saya tidak akan perturunkan.

ketemu semula dilain masa, diharap medan maklumat dan ilmu ini sedikit sebanyak bermanafaat kepada yg ingin tahu dan meminati bidang batu cincin dan permata ini. sekian

1 comment:

admin said...

saya berminat untuk memiliki batu zamrud yang diturunkan ilmu pengasih..
macam mana ya..?