Sunday, July 5, 2009

GELIGA ULAR

Assalamualaikum wth tuan/puan,
terima kasih kerana setia melawat ke blog saya ini dan menjengah ke laman web batu cincin.com. Alhamdulillah dalam kesempitan waktu kiranya dapat saya mencelah untuk memberikan informasi perihal dunia batu-batu cincin dan permata ini. setelah sekian lamanya berbicara disini, maka pada kesempatan in saya akan ceritakan pula perihal geliga atau buntat.
dalam dunia indah batu cincin ini, terdapat banyak jenis geliga-geliga ataupun buntat yg menjadi buruan dan keinginan kita untuk memilikinya. antaranya yang popular ialah geliga embun, geliga ular, geliga lipan, geliga atau cawat babi tunggal, geliga kelapa dan bermacam-macam lagi geliga. semua jenis geliga sememangnya amat sukar utk didapati.

saya tidak ingin menceritakan asalnya geliga-geliga ini dan sememangnya tuan/puan maklumlah jika geliga embun tentulah asalnya dari air embun. begitu juga bila dibicarakan hal geliga ular, sudah tentunya berasal dari ular.

dikesempatan ini saya hanya ingin membicarakan dan memberikan sedikit pendedahan tentang geliga ular. saya memiliki geliga ular pemberian daripada seorang tua disebuah negeri di utara. ceritanya semasa saya dalam perjalanan atas urusan perniagaan batu cincin dan permata, saya singgah sebentar untuk makan tengahari disebuah gerai makan kecil disatu pekan kecil. setelah menjamu selera, saya didatangi seorang tua (umur saya agak hampir 70an) bertanyakan perihal saya dari mana dan nak kemana, setelah memperkenalkan diri, saya pun ditanyakan jika ada berminat memiliki geliga ular yg menurutnya kepunyaannya dan beliau ingin menyerahkan amanah pemilikan geliga ular ini kepada seseorang yg difikirkan layak. agak terkejut dengan perkara yg tidak diduga ini, saya pun menjelaskan yg sememangnya saya berminat tetapi saya tidak mahu terburu-buru menerimanya.

orang tua itu pun mempeelawa saya bertandang kerumahnya jika ada waktu terluang. saya meminta alamat rumah daripadanya juga nombor untuk dihubungi. saya memberitahu jika ada kelapangan yg saya akan singgah bertamu kerumahnya nanti apabila selesai urusan saya. setelah itu saya meneruskan perjalanan saya ke bukit kayu hitam dan berniat semasa dalam perjalanan pulang nanti saya akan singgah bertemu orang tua itu yakni pak hanif.

insyaAllah saya akan sambung kisah saya ini di kesempatan lain menceritakan kisah saya sehingga memiliki geliga ular. sekian

No comments: