Friday, September 19, 2008

Sambungan Rahsia Dan Kekuatan Batu Ta'at Wali

Bersua kembali. pada kesempatan kali ini saya akan mendedahkan tentang khasiat dan kekuatan batu taat wali. dengan penjelasan ini diharap tuan/ puan semua berpuashati dgn perincian tentang kekuatan batu ini sebelum membuat keputusan untuk memilikinya.

Adapun saya mengandaikan bahawa tuan/ puan semua telah faham tentang hakikat pemakaian batu cincin dan permata, jika masih belum tahu tentang perkara ini, seharusnya tuan/ puan dapat membuka laman web saya, www.batucincin.com dan baca serta fahami perkara ini yang saya jelaskan dihalaman utama bahagian bawa sekali. suka saya sentuh tentang hakikat penggunaan/ pemakaian batu dan permata supaya tuan/ puan tidak melangkaui batas-batas tuntutan agama dalam urusan ini dan dalam apa pun perkara seharian yang di jalankan. semoga kita semua seantiasa dalam rahmatNya. amin.

adapun khasiat dan kekuatan batu taat wali adalah berikut:

- sebagai pagar diri drp pekerjaan jahat orang yg ingin berbuat samada secara zahir atau ghaib.
- pagar diri, keluarga da rumah drp dimasuki syaitan.
- memancarkan aura kewibawaan dimana orang akan suka dan mendengar saranan kita.
- membuka pintu kekayaan dimana rezeki akan melimpah datang asal ada usaha.
- menjadi penawar pada penyakit zahir dan bathin
- akan hadir kekuatan/ keyakinan yg tinggi sesuai dgn keadaan diri masing-masing.
- musuh akan jadi gerun dan takut menghadapi kita.
- pelaris bagi orang berniaga.
- membuka pintu untuk mendapat ilmu laduni.
- kehadiran kebal dan anti cukur pada suatu keadaa terdesak.
- kita tidak akan binasa selagi berpegang atas keyakinan pada Allah.
- dan banyak lagi yang saya tidak dapat tuliskan disini,
- Wallahualam.

Monday, September 15, 2008

Salam Untuk Peminat Batu Cincin Dari Negara Brunei

Assalamualaikum semua. saya tertarik menulis pada kali ini perihal rakan-rakan kita yakni peminat batu cincin dari negara brunei darussalam. sebelum tu macamana dgn pekerjaan kita di bulan ramadhan ini. disamping dgn kerja-kerja kita seharian diharap jgn pula kita tinggalkan solat tarawih ye. selamat berpuasa dan selamat menunaikan solat tarawih.
minggu lepas saya menerima hampir 10 pesanan batu cincin dari negara jiran kita brunei darussalam dan Alhamdulillah semuanya telah pun saya hantarkan. mengenai bayaran fidyah sebenarnya terdapat sedikit kelewatan dan kesulitan kerana terpaksa menggunakan perkhidmatan western union tetapi Alhamdulillah diharap semua kawan-kawan di brunei selesa dan puashati dgn urusan pesanan batu cincin drp saya.

Saya banyak menerima pesanan untuk memiliki batu taat wali drp peminat di brunei tetapi ramai juga yang terpaksa saya tangguhkan pemberian batu ini kerana dalam seminggu saya hanya dapat menyediakan batu taat wali sebanyak 3 biji sahaja. maaf dipinta tetapi InsyaAllah semua yang telah membuat pesanan akan saya hadiahkan batu ini mengikut giliran. diharap dapat sabar menunggu.

Batu taat wali jika tuan-tuan ingin tahu sebenarnya ialah sejenis batu yg memiliki 1001 khasiat dan kekuatan. didunia perbatuan, tidak ramai org yg tahu tentang batu ini dan rahsia yg meliputinya. saya tidak ingin bercerita lebih tentang khasiat batu taat wali ini tetapi bagi mereka yg telah memilikinya, anda sendiri yg akan megentahuinya.

tentang gambar batu ini yg tidak saya pamerkan dilaman web, sekali lg kemaafan saya minta kerana ilmu, rahsia dan amanah dari guru terpaksalah saya pegang dgn sepenuhnya. adat berguru pantang larang dijaga barulah ilmu ampuh bisa. wasallam.

Monday, September 8, 2008

BATU CINCIN-BATU HAKIKAT


Alhamdulillah. masuk kita hari ke 8 berpuasa. macamana dgn program masing2 pada bulan yg mulia ini, diharap kita sama2 dapat mempertingkatkan usaha untuk mencari bekalan akhirat yang amat banyak dgn ganjaran2 yg paling utama sepangjang ramadhan ini.

saya ingin membuka bicara pada kali ini tentang batu cincin yang dinamakan batu hakikat. minggu lepas saya banyak menerima pesanan untuk batu hakikat daripada kawan2 kita yang berada di negara singapore dan brunei darussalam. saudara zul kita dari singapore tentunya akan memiliki batu hakikat ini dalam sehari dua lg kerana saya baru sahaja menghantar kpd beliau dgn pos laju. sebenarnya saya ingat kos penghantaran ke singapore hanya sekitar rm25 tapi bila masa untuk hantar, terkejut juga saya kos penghantaran ke singapore adalah rm44. agak mahal juga tetapi terpaksa juga kita hantar kerana ini janji dan amanah yg telah dipegang pada orang disana. Apapun diharap saudara2 kita berpuashati dengan batu hakikat yg dihantar.

Batu hakikat ini sebenarnya berasal daripada batu2 gunung yg berusia ribuan tahun yg mana kerana begitu lamanya batu tersebut berada ditempat yg berair, maka lumut2 telah masuk/ menjalar kedalamnya. adapun batu hakikat ini sebenarnya adalah batu hidup yg bersifat sejuk.
batu ini sebenarnya adalah batu yg mempunyai permintaan yg tinggi semenjak saya menyiarkanya dalam laman web saya dan Alhamdulillah buat masa ini bekalanya masih lagi banyak.
lagi keistimewaan dan uniknya batu hakikat ini kerana lumut2 yg ada didalamnya hidup dan akan membiak/membesar bergantung kepada orang ygf memilikinya. ditambah pula dgn wakaf ayat2 Quran padanya memberikan lebih lagi kekuatan/ keistimewaannya. batu hakikat ini sebenarnya bukan sahaja mendapat permintaan yg tinggi drp orang2 kita tetapi bangsa cina dan orang2 non-muslim dr sabah dan sarawak juga agak ramai memesan batu ini daripada saya.
Penutup saya disini, jgnlah kita merasa hairan tentang suatu perkara yg melangkaui batas pemikiran kita kerana Allah jua yg merangcang dan merencana segala sesuatu yg biasa bg kita bahkan yg luar biasa. bg Allah jika Dia kehendaki hanya dgn berfirman kpd benda itu, jadilah kau maka jadilah ia. Wallahualam.

Friday, September 5, 2008

sambungan...tanda jika telinga kanan anda berdesing

6) Telinga kanan berdesing antara jam 6-7 pg- bermakna akan dapat khabar buruk

7) 9-10 pg- akan ada berita yg kurang menyenangkan tentang keluarga

8) 12-1 tghari- akan ada saudara jauh yg akan datang

9) 2-3 ptg- akan ada sesuatu yg membahayakan anda dlm waktu terdekat

10) 8-9 mlm- akan ada keberuntungan besar hadir utk anda

11) 10-11 mlm- akan ada berita baik datang

12) 11-12 mlm- ada org yg jatuh cinta pada anda

13) 1-2 pg- akan ada perselisihan antara kerabat sendiri.

Tuesday, September 2, 2008

RAHSIA PADA TANDA DAN ALAMAT DALAM DIRI

Assalamualaikum semua. bagaimana dgn hari2 terawal ramadhan ini? mesti terasa penat dan tak bermaya bukan, hari pertama ramadhan saya agak terasa sedikit diuji. kepala menjadi sakit berdenyut-denyut tetapi itulah sedikit ujian Allah yg diberi untuk hambaNya. sabar diuji adalah sesuatu yg Allah SWT amat suka atas diri manusia. disitulah dapat dinilai tahap letak keimanan masing2.

indahnya islam kerana setiap perilaku, gerak sifat, aturan dan syarat, jalan dan segala cabang aktiviti manusia diberikan garis asas panduan/ cara perlaksanaannya yang tidak melebih dan tidak kurang yakni atas dasar sederhana dan sesuai setiap masa dan zaman. hari ini saya akan menulis tentang gerak rasa yg berlaku atas diri manusia. dengan kata mudah, alamat/ petunjuk yg berlaku atas diri kita sendiri untuk pedoman dan panduan kita. itupun jika kita membuka mata hati kita untuk memerhatikannya. menurut pengecaman dan pengalaman orang2 tua bila berlaku pergerakan pada anggota badan kita, ia memberikan isyarat dan alamat tertentu sesuatu yg akan terjadi seperti:

1) gerak pada bahagian ubun2- akan dapat sukacita dan kejayaan dalam suatu benda yg sedang dilakukan.

2) gerak pada kening kanan- akan bertemu orang/ kawan/keluarga yg dikasihi

3) gerak pada kening kiri- murah rezki dan akan bahagia/ riang.

4) gerak pada ekor mata kiri- akan jatuh sakit atau merana

5) gerak pada ekor mata kanan- jatuh cinta, tertawan dgn seseorang.

bersambung....