Assalamualaikum semua. saya tertarik menulis pada kali ini perihal rakan-rakan kita yakni peminat batu cincin dari negara brunei darussalam. sebelum tu macamana dgn pekerjaan kita di bulan ramadhan ini. disamping dgn kerja-kerja kita seharian diharap jgn pula kita tinggalkan solat tarawih ye. selamat berpuasa dan selamat menunaikan solat tarawih.
minggu lepas saya menerima hampir 10 pesanan batu cincin dari negara jiran kita brunei darussalam dan Alhamdulillah semuanya telah pun saya hantarkan. mengenai bayaran fidyah sebenarnya terdapat sedikit kelewatan dan kesulitan kerana terpaksa menggunakan perkhidmatan western union tetapi Alhamdulillah diharap semua kawan-kawan di brunei selesa dan puashati dgn urusan pesanan batu cincin drp saya.
Saya banyak menerima pesanan untuk memiliki batu taat wali drp peminat di brunei tetapi ramai juga yang terpaksa saya tangguhkan pemberian batu ini kerana dalam seminggu saya hanya dapat menyediakan batu taat wali sebanyak 3 biji sahaja. maaf dipinta tetapi InsyaAllah semua yang telah membuat pesanan akan saya hadiahkan batu ini mengikut giliran. diharap dapat sabar menunggu.
Batu taat wali jika tuan-tuan ingin tahu sebenarnya ialah sejenis batu yg memiliki 1001 khasiat dan kekuatan. didunia perbatuan, tidak ramai org yg tahu tentang batu ini dan rahsia yg meliputinya. saya tidak ingin bercerita lebih tentang khasiat batu taat wali ini tetapi bagi mereka yg telah memilikinya, anda sendiri yg akan megentahuinya.
tentang gambar batu ini yg tidak saya pamerkan dilaman web, sekali lg kemaafan saya minta kerana ilmu, rahsia dan amanah dari guru terpaksalah saya pegang dgn sepenuhnya. adat berguru pantang larang dijaga barulah ilmu ampuh bisa. wasallam.
Monday, September 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment