Askm bersua kembali.
disambungkan cerita saya yg lepas. saya ringkaskan,
setelah selesai urusan saya dibukit kayu hitam tempohari, saya tidak terus singgah kerumah pak hanif kerana ada urusan lain yg menanti saya di rumah. saya terus pulang kerumah. berselang 2 minggu selepas itu, barulah saya menelefon pak hanif. beliau ceria meyambut salam saya dan terus menanyakan bilakah kehadiran saya ke rumahnya. saya menjelaskan memang tujuan saya menelefon untuk memberitahu bahawa saya akan bertamui ke rumahnya pada hari isnin nanti. setelah bercakap agak lama, tamatlah perbualan dgn pak hanif.
hari yg dijanjikan sudah tiba, selepas solat subuh saya mulakan perjalanan keutara, setelah hampir 5 jam perjalanan, tibalah saya kebandar sungai petani. saya menelefon pak hanif dan beliau menjemput saya di bandar sungai petani terus kerumahnya di sebuah perkampungan dipinggir bandar. dirumah pak hanif tinggal dgn isterinya saja. anak-anaknya semuanya dah bekeluarga dan tinggal berasingan dgn pak hanif suami isteri.
setelah solatv zohor, saya dijamu dgn juadah tengahari. petang itu kami bualkan topik lain. pada sebelah malamnya selepas solat isyak berjemaah, barulah kami berbicara perihal batu cincin dan permata dan khusus saya tujukan perihal geliga ular. pak hanif menjelaskan sekilas melihat saya tempohari, beliau dapat tahu yg saya mempunyai sedikit kemahiran dan ilmu tentang batu cincin dan permata. sebab itulah beliau menawarkan mewarisi geliga ular miliknya kepada saya.
ditunjukkannya buntat ular tersebut yg berbungkus dalam kain kuning. saya menilik batu hijau gelap tersebut dan bila diangkat tinggi pada sinaran cahaya lampu, saya dapat lihat corak sisik ular di bahagian bawah geliga tersebut. walaupun begitu, saya tidak akan percaya yg ia adalah geliaga ular asli selagi tidak diuji dahulu. ada 3 cara saya boleh menyudi keaslian batu geliga ular tersebut. pertamanya pada malam itu saya bawakan geliga itu ketempat tidur saya. insyaAllah saya sambung lagi dikemudian waktu....
Sunday, July 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment