Saturday, October 11, 2008

Batu Badar Besi

Assalamualaikum,
sepanjang minggu ini saya banyak menerima panggilan, sms dan email yg bertanyakan tentang batu bewarna abu kehitaman ini yakni badar besi. masyarakat kita mengenali batu ini sebagai batu yg mempunyai khasiat dan kelebihan yg utama sebagai pagar diri dan anti senjata tajam iaitu besi dan juga kebal peluru. hebat bukan?
Suka saya tegaskan disini bahawa memang sifat batu badar besi ini mempunyai unsur besi (ferum) dan kelebihan anticukur bagi pemakai/ pemilik batu ini adalah bergantung kepada diri masing-masing. bermaksud jika tuan puan memiliki dan memakai batu ini tanpa amalan dan ilmu, saya pasti kelebihan kebal tidak akan hadir.

secara terperinci bagaimana anti cukur dan kebal bagi pemakai batu badar besi terjadi dgn izin Allah:
Ini berlaku kerana dalam diri kita masing-masing ada unsur besi yakni kursani yg terletak dibahagian tulang belakang. unsur besi kursani dalam diri ini akan aktif apabila ada unsur besi yang masuk (sifat/aura) pada diri. ini menyebabkan cas positif dgn positif atau cas negatif dengan negatif bertembung, menjadikan kedua-dua cas tersebut menolak/ menjauh. bila senjata yakni besi menyentuh kulit pemilik/ pemakai, itulah yg menjadikannya kebal daripada senjata yg berunsur besi termasuk peluru.
Dan lagi yg paling penting ialah amalan iaitu makanan batin bagi diri yg akan membuka cakra-cakra dalam diri seterusnya mengaktifkan unsur kursani insan bertembung besi lalu hadirlah kebal dengan izinNya. Wallahualam

No comments: