Monday, October 6, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum wth
sempena bulan idilfitri ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada sahabat handai dan pelanggan batu cincin semua andai kata ada tersalah tersilap yang tidak disengajakan dan diluar pegentahuan saya. selamat hari raya aidilfiti kepada semua.
sepanjang minggu terakhir puasa sehingga menjelang hari raya ini saya amat sibuk dengan berbagai program. bermula dari mencari kain baju untuk anak bini, menyediakan persiapan raya, dihari raya pula ziarah menjadi agenda dan masuk raya ketiga pula ada anak buah kenduri kahwin. sibuk memang sibuk dan Alhamdulillah semuanya selamat dan sempurna.

meyentuh soal urusan batu cincin pula, hari ini saya mula buka kedai, pesanan tuan/puan pada lewat minggu sebelum raya akan saya usahakan untuk disempurnakan pada malam jumaat nanti dan InsyaAllah akan dihantar pada hari sabtu. Diharap semua peminat batu cincin yang belum menerima pesanan dapat bersabar dgn sedikit waktu. sekian.

No comments: