Monday, November 10, 2008

BATU AKIK (AGATE)

Assalamualaikum wth semua peminat batu cincin dan permata,
lamanya saya tidak menulis di blog ini kerana saya amat sibuk dgn urusan bekalan batu cincin didalam malah sampai keluar negara juga. maaf kerana tidak konsisten untuk menulis diruangan ini.

Hari ni saya akan membicarakan sedikit tentang batu cincin jenis akik, disebut juga agate. masyarakat kita (melayu) amat mengenali batu ini sebagai jenis batu yg amat popular untuk dijadikan batu cincin. tetapi tahukah kita komponen akik sebenarnya terdiri drp beberapa jenis bahan silika( kebanyakannya quartz). agate (akik) berasal drp perkataan sungai achtes di drillo, sicilly dimana batu ini pertama kali dijumpai sekitar 3000 tahun lampau. akik ialah batu unik yang mempunyai berbagai-bagai warna dan jenis dan mustahil bagi kita untuk membezakan dan mengingati jenis-jenis akik secara saintifik.

oleh yg demikian, terdapat beribu-ribu nama batu akik dipasaran malah ada nama yg begitu pelik kita dengari. ini kerana akik sebenarnya dapat diletakkan nama mengikut kemahuan pemilik dan pemakai batu itu. contohnya hari ini anda membeli batu akik dikedai yg dinamakan akik 7 lautan, esoknya anda kekedai lain dan pekedai menunjukkan batu akik jenis sama tetapi dengan nama yg berlainan iaitu akik campur. pelik bukan? saya telah lama mengkaji batu akik ini dan mendapati batu unik ini boleh diberi apa saja nama mengikut kemahuan pemiliknya masing-masing. jadi tidak salah dan memang begitulah realiti akik yg berlaku.

contoh nama-nama batu akik yg diberikan nama, seperti batu raja alam, jalak hitam, 7 lautan, sari mani, pancha warna, akik bulan, akik mustika, putera aji, zat alam, hati sakti dan macam-macam lagi. macam-macam nama batu akik yang akan kita dengar jika kita mengikuti dan mencari batu akik ini dari masa kesemasa. sekadar itu saja pada kesempatan kali ini. di kesempatan lain, saya akan menceritakan tentang khasiat dan kelebihan batu akik. sekian

No comments: