Monday, November 24, 2008

Khasiat Batu Akik (agate)

Assalamualaikum wth,
saya akan sambung maklumat tentang batu akik (agate), pada minggu ini saya akan mendedahkan khasiat dan kelebihan batu akik. sebenarnya pelawat blog saya ini adalah amat kecil bilangannya berbanding dengan laman web rasmi saya, mungkin tidak ramai yg megentahui kewujudan laman blog ini, walaubagaimanapun saya akan teruskan juga kerja saya untuk menulis di laman blog ini kerana telah menjadi tanggugjawab saya untuk memberikan informasi dan ilmu kepada peminat batu cincin semua. harapan saya biarlah bilangan pelawat blog ini kecil tetapi saya akan tetap memberikan maklumat dan ilmu selagi mampu.

saya mulakan dgn khasiat batu akik. sebenarnya 80% khasiat dan kelebihan batu akik adalah tidak dikeahui secara khusus dan kita hanya ketahui sekadar 20% sahaja tentang khasiat akik. terkejut atau tidak, itulah realitinya. saya ambil contoh penjual/ peniaga batu akik dipasar-pasar atau kaki-kaki lima, jika kita tanyakan khasiat batu-batu akik yg mereka jualkan, tentunya para peniaga ini tidak dapat memberikan penjelasan keseluruhan akik yg ada, jika mereka tahu pun hanya barang 4,5 jenis. itu sja. inilah hakikatnya, jika mereka tahu (peniaga-peniaga aik) semua khasiat dan kelebihan batu-batu akik yg mereka jualkan, tentulah kebanyakan akik akan dijual dengan harga yg tinggi, malah akik-akik yg baik dr segi khasiatnya tentulah akan disimpan oleh mereka yakni tidak dijualkan.

khasiat batu akik ini sebenarnya akan diketahui oleh kita sendiri apabila kita membeli dan memilikinya. mana yang sesuai dgn diri kita tentulah akan difahami dan kuat dirasai oleh kita dari segi spiritul dan psikologinya dan mana-mana batu yg tidak sesuai dengan kita pasti kita akan merasa hambar, tidak sesuai, tidak suka untuk pakai atau kita menjadi selalu lupa memakainya malah terdapat kebanyakan kes, batu-batu akik yg tidak sesuai dgn kita ini akan ghaib dan hilang dari simpanan kita. pernahkah ini terjadi kepada tuan/ puan..

sekian, wallahualam

No comments: