Thursday, March 19, 2009

KITA SEBENARNYA TIDUR

Assalamualaikum wth tuan/ puan peminat batu-batu cincin dan permata juga kepada tuan/ puan yg telah memiliki batu cincin drp saya. sungguh dalam minggu-mingu ini saya kesibukan kerana saorang dari saudara terdekat sebelah isteri telah kembali kehadrat ilahi. sesungguhnya darp Allah kita datang dan kepada Allah juga kita akan kembali.

semua makhluk yg diberikan nyawa yakni hidup pasti akan menempuh kematian jua, tidak dapat tidak, pasti suatu hari nanti maut akan menjemput kita. saatnya itu hanya ada dalam pegentahuan Allah swt. Syaidina Ali ibni abi talib kw mengatakan bahawa manusia sebenarnya sedang tidur, mereka hanya akan terjaga apabila telah mati. maksudnya kita semua pada saat dan hari ini yg hidup walhal hakikatnya sedang tidur, tidur lalu melupakan tujuan sebenar kehidupan didunia ini.

Dan apabila malaikat maut datang mencabut nyawa, barulah manusia terjaga dari tidur yakni sedar bahawa mereka telah mensia-siakan masa hidup mereka didunia dulu, ketika sedar itu maka mereka akan menyesal sebesar-besar penyesalan tetapi semuanya tidak berguna lagi. itulah yg dimaksudkan mereka manusia akan terjaga dari tidur setelah berada dialam kematian atau barzah.

sekian sekadar renungan bersama.

No comments: