Wednesday, March 4, 2009

TEKNIK-TEKNIK SAINS YG MENJADI AMALAN

Assalamualaikum wth semua,
sedikit yg saya ingin sentuh tentang bebrapa teknik-teknik sains dan teknologi yang melingkari dunia mistik, menjadi amalan sebilangan orang untuk mengambil kesempatan keatas orang lain. terdapat segelintir daripada pengamal-pengamal perubatan, guru-guru silat, bomoh atau dukun, ahli agama, peniaga-peniaga barangan antik dan pengumpul batu-batu cincin dan permata, guru-guru tarekat dan pengajar kebatinan yg menjalankan kegiatan tidak bermoral ini.

pengalaman saya melihat keris berdiri, malah ada yg terapung-apung diudara, batu cincin yg dapat digerakkan dari jauh, ujian kebal menggunakan pisau dihiris di tengkuk dan ditetak menggunakan parang, makan kaca, mandian minyak panas, tangan dibakar tidak hangus dan bermacam-macam lagi trik-trik yg dilihat oleh orang ramai dalam pandangan ajaib, hebat dan kekuatan yang menakjubkan, sebenarnya ada penjelasan logik akal kerana mereka-mereka ini sebenarnya menggunakan teknik-teknik ilmu sains dan teknologi yg rahsia. ilmu -ilmu sains dan teknologi ini diaplikasikan mereka didalam pekerjaan mereka untuk memberikan keyakinan yg tidak berbelah bagi orang awam yg berurusan dgn mereka. kemudian mereka mendapat keuntungan yg besar dari pekerjaan itu.

semua teknik-teknik ini ada dalam pegentahuan saya kerana saya berusaha mencungkilnya dgn usaha yg banyak malah juga menggunakan wang ringgit untuk mendapatkannya. jadi diharap masyarakat diluar tidak terburu-buru untuk merasa taksub dan kagum dengan perkara-perkara yg ajaib dan aneh yg diperlihat. saya tidak kata semuanya adalah tipu dan palsu, malah ramai juga yg benar-benar memiliki kekuatan dan keupayaan luar biasa ini, cuma saya hanya mengigatkan kepada tuan/ puan sebagai langkah pengcegahan agar tidak tertipu akibat kepintaran mereka dan ketaksuban kita.

Wallahhualam.

No comments: