Tuesday, May 12, 2009

Batu Petir

Assalamualaikum wth,
bersua kembali diruangan blog ini, saya tahu ramai peminat setia batu cincin sentiasa tertunggu-tunggu info dan maklumat daripada saya, beginilah saya, tiada kesempatan masa untuk sentiasa konsisten menulis di sini. harap dimaaf.

kesempatan kali in saya ingin berikan maklumat kepada semua perihal batu petir. didunia pasaran batu cincin sekarang, kita akan biasa mendapati batu petir adalah bewarna hitam dan dapat dimiliki dgn bayaran sekitar RM100- RM500 mengikut jenis dan saiz batu tersebut. sebenarnya batu petir juga ada ditemui dalam warna merah dan warna coklat tetapi amat jarang. asalnya dari panahan petir meyambar kebumi. bersama-sama panahan tersebut, terdapat batu yg biasanya bila mencecah bumi, batu tersebut akan hilang masuk keperut bumi. dan yg pastinya batu petir amat sukar untuk ditemui.

khasiat batu petir dalam masyarakat nusantara banyak diwar-warkan sebagai pelindung diri yg ampuh dari bahana kejahatan manusia dan jin, juga mengelak sihir. batu petir juga adalah alat peyembuhan yg tinggi keampuhannya bagi beberapa jenis penyakit tertentu. pernah berlaku dapat digunakan merawat penyakit buta dan angin ahmar. dalam koleksi saya sebenarnya hanya ada 5 biji koleksi batu petir, insyaAllah bagi yg berniat untuk memilikinya sila tengok dilaman web. sekian sedikit maklumat perihal batu petir. Wallahualam

1 comment:

musatahar09 said...

saya nak cari batu cincin yg pandai bertukar/bercahaya hijau pabila mlm atau di tempat gelap.Ada org panggil batu ni batu cahaya bulan & ada juga panggil batu delima daun.Ingin tahu yg sebnrnya.