Showing posts with label cerita 1. Show all posts
Showing posts with label cerita 1. Show all posts

Tuesday, February 10, 2009

Sambungan cerita satu ( cerita tentang delima merah)

Assalamualaikum wth, sambungan cerita saya pada minggu sudah. kemudian apabila si A memberitahu saya mahar atau fidyah yg dibayar bagi meminang sebiji batu delima merah berkhadam yg berkhasiat tinggi (menurut pandangan siA) itu bernilai RM20.000, sememangnya saya amat terkejut. satu jumlah yg amat besar yg hasilnya adalah sia-sia. saya kata begitu kerana batu delima merah berkhadam yg mereka miliki itu adalah palsu yg menggunakan teknik-teknik halus untuk mengaburi pihak pembeli. harap tuan-tuan dapat fahami jika batu delima merah berkhadam yg asli, harga RM20 K itu adalah sangat murah pula jadinya.

saya telah lama berkecimpung dalam dunia batu cincin dan permata ini. kerja saya ialah membekalkan batu cincin dan permata. saya pernah ke indonesia dan burma mengambil bekalan batu cincin dan saya juga pernah masuk kekilang pemprosesan batu cincin di negara thailand, jadi sekilas lihat bentuk dan jasad batu, saya dapat tahu antara batu tiruan dan batu asli. batu delima merah berkhadam yg didakwa siA ini sebaik melihatnya saya sudah tahu sebenarnya ia ialah batu delima merah berkhadam tiruan menggunakan teknik-teknik sains untuk mengaburi pihak lawan. ini adalah kerja jenayah yg mencemarkan dunia perbatuan ini dan saya sememangnya agak marah dgn penipuan ini.

menurut siA, sebelum memiliki batu delima merah itu, beliau terlebih dulu mengujinya dengan beberapa cara. salah satunya ialah dgn merendam batu delima tersebut kedalam segelas air jernih. kemudian air tadi serta merta bertukar warna menjadi merah sebaik batu tersebut dimasukkan kedalam gelas. itu ujiannya dan menjadi, si A begitu yakin yg batu delima merah yg ingin dimilikinya itu adalah yang asli dgn kekuatan khadamnya kuat.

insyaAllah saya akan sambung lagi dilain masa cerita ini. wasallam.

Friday, January 30, 2009

CERITA SATU

Asslamualaikum semua, saya akan menceritakan kisah perihal batu delima merah. kejadian ini berlaku kerana rasa taksubnya segelintir drp kita tentang perkara2 yg ajaib dan dipercayai ada kekuatan yg tinggi sehingga bisa memberikan apa saja impian dan cita-cita mereka. padahal mereka sebenarnya tertipu dan terkena oleh muslihat2 dan teknik2 yg amat mengaburi mata.

seingat saya dalam sebelah petang ketika saya berniaga di kedai, datang seorang lelaki dengan raut wajah yg sugul dan tergesa-gesa yg menunjukkan lelaki ini mungkin berdepan dgn suatu masaalah. saya bicarakan lelaki ini dgn nama A, umurnya sekitar 40 an.

si A memberi salam kepada saya kemudian mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya. ianya adalah satu bag warna kuning saiz kecil yg mugkin dijahit sendiri. kemudian meminta tolong kpd saya supaya menengokkan batu delima merahnya yg dikeluarkan dari beg kuning tadi. katanya..."en boleh ke pulihkan batu delima merah saya ni. dulu ianya mengeluarkan warna merah yg cukup terang bila dipegang bahagian atas dan bawahnya dan dulu batu itu juga mengeluarkan warna merah jika dimasukkan kedalam air yg jernih. tapi lama kelamaan cahaya nya makin malap dan sekarang hilang terus" .

kesian saya tengok si A ni. bersunguh-sunguh dia menceritakan masaalahnya pada saya. saya bertanyakan dari mana dapat delima merah tersebut dan berapa harganya? saya ambil batu tersebut dan pegang/ membelek-belek batu delima itu.memang cantik batunya setanding dengan delima merah simpanan peribadi saya yakni dari burma.

kemudian saya amat terkejut apabila si A menceritakan batu delima merah itu diperolehi dari seorang wak dari tanah jawa melalui perantaraan seorang temanya. siA dan rakanya sebenarnya telah lama mencari - cari untuk memiliki batu delima merah yg berkhadam ini. mereka percaya batu delima merah itu bisa memberikan kejayaan dan kekayaan kepada mereka jika mereka memilikinya. (inilah realiti kepercayaan masyarakat melayu kita hari ini, saya telah berjumpa ramai yg memperkatakan/berkehandak memiliki batu delima merah berkhadam ini kerana tujuannya yg sama seperti siA tadi)

saya bertanya pula tentang bayaran yg di beri untuk batu delima tersebut? kemudian saya bukan sahaja terkejut malah beristigfar saya bila diberitahu harga yg dibayar untuk sebiji batu delima merah itu ialah RM20.000. Ya Allah mahalnya' - terpancul kata-kata itu dari saya.

nanti saya akan sambung lagi kisah ini...