Tuesday, February 10, 2009

Sambungan cerita satu ( cerita tentang delima merah)

Assalamualaikum wth, sambungan cerita saya pada minggu sudah. kemudian apabila si A memberitahu saya mahar atau fidyah yg dibayar bagi meminang sebiji batu delima merah berkhadam yg berkhasiat tinggi (menurut pandangan siA) itu bernilai RM20.000, sememangnya saya amat terkejut. satu jumlah yg amat besar yg hasilnya adalah sia-sia. saya kata begitu kerana batu delima merah berkhadam yg mereka miliki itu adalah palsu yg menggunakan teknik-teknik halus untuk mengaburi pihak pembeli. harap tuan-tuan dapat fahami jika batu delima merah berkhadam yg asli, harga RM20 K itu adalah sangat murah pula jadinya.

saya telah lama berkecimpung dalam dunia batu cincin dan permata ini. kerja saya ialah membekalkan batu cincin dan permata. saya pernah ke indonesia dan burma mengambil bekalan batu cincin dan saya juga pernah masuk kekilang pemprosesan batu cincin di negara thailand, jadi sekilas lihat bentuk dan jasad batu, saya dapat tahu antara batu tiruan dan batu asli. batu delima merah berkhadam yg didakwa siA ini sebaik melihatnya saya sudah tahu sebenarnya ia ialah batu delima merah berkhadam tiruan menggunakan teknik-teknik sains untuk mengaburi pihak lawan. ini adalah kerja jenayah yg mencemarkan dunia perbatuan ini dan saya sememangnya agak marah dgn penipuan ini.

menurut siA, sebelum memiliki batu delima merah itu, beliau terlebih dulu mengujinya dengan beberapa cara. salah satunya ialah dgn merendam batu delima tersebut kedalam segelas air jernih. kemudian air tadi serta merta bertukar warna menjadi merah sebaik batu tersebut dimasukkan kedalam gelas. itu ujiannya dan menjadi, si A begitu yakin yg batu delima merah yg ingin dimilikinya itu adalah yang asli dgn kekuatan khadamnya kuat.

insyaAllah saya akan sambung lagi dilain masa cerita ini. wasallam.

No comments: