Assalamualaikum wth,
dikesempatan kali ini saya hanya ingin mengucapkan salam Maal Hijrah dan selamat menerima tahun baru 2010. perihal batu delima merah dahulu saya akan bicarakan di lain kali.
pastinya setiap kali sambutan tahunbaru hijrah atau tahun baru masihi, kita pasti bercakap tentang azam baru. azam baru ibarat pakaian baru yg kita perlukan setiap kali meyambut ketibaan hari raya. jadi setiap kita perlu ada azam baru, azam ibarat penanda aras kemajuan atau kejayaan atau had yg kita capai pada tahun tersebut. perlu diingatkan azam tidaklah sama dengan impian, impian adalah sesuatu perkara yg kita mahu dapat dan boleh jadi diluar batas realiti kekuasaan dan keupayaan, impian jika tidak dicapai tidaklah menjadi apa apa, impian boleh dikatakan saudara kepada mimpi.
azam tidak lah sama, azam ialah sesuatu kehendak atau target yg realistik berdasarkan keupayaan diri masing masing. azam lebih mempengaruhi perasaan kita andai apa yg kita azamkan pada tahun lepas tidak kita capai. pada azam wujud perasaan marah, kecewa, gembira dan kepuasan. jadi berazamlah kita dengan azam yg baik. semoga berjaya.
Tuesday, December 29, 2009
Tuesday, December 1, 2009
DELIMA MERAH - Raja batu permata
Assalamualaikum wth,
telah saya khabarkan khasiat yg menjalari batu delima merah berkhadam dan pada kali ini saya ingin hebahkan lagi maklumat maklumat lain perihal batu yg hebat ini.
maklumat ini adalah suatu yg agak rahsia dan tersorok dari pegentahuan orang ramai. mengapakah bila kita perkatakan tentang batu delima merah berkhadam, maka kita biasa dengar tentang penglibatan kerabat diraja brunei darussalam yg terus terusan berminat memilikinya? malah harga yg ditawarkan amat amat lah diluar batas pemikiran kita. tahukah tuan/puan sekalian harga yg biasa ditawarkan oleh kerabat dari brunei untuk pindah milik batu delima berkhadam ini?
jangan terkejut kerana harga yg ditawarkan ialah jutaan ringgit. ada yg tawarkan 10 juta, 25 juta malah mahar pinangan tertinggi yg saya ketahui ialah rm100 juta. memang melangkaui batas pemikiran kita tetapi ini semua adalah realiti. bukan omongan kosong.
mengapa kah begitu mahal orang sanggup belanjakan wang untuk memiliki batu yg hebat ini?
saya ada sedikit pengalaman dan secebis hubungan hubungan dengan kawan kita dari brunei ini. dan saya akan ceritakan kisah dan pengalaman saya berhubung dgn perkara ini dilain masa.

Monday, November 9, 2009
Batu Delima Merah berkhadam
Assalamualaikum wth,
ingin saya ceritakan perihal batu delima merah berkhadam. inilah kemuncak kepada pemilikan batu cincin dan permata bagi sebilangan besar masyarakat kita. setiap orang sememangnya berkeinginan untuk memiliki batu delima ini, yang diketahui dan dipegang kuat dgn kepercayaan bahawa delima merah berkhadam akan memberikan kekuatan dan keajaiban yg amat luarbiasa keadaannya, mempengaruhi pada kehidupan seharian, bisa menjadikan pemiliknya kaya raya, terhindar segala bala, kulit tidak ampuh di hiris senjata yakni kebal,terpandang dimata umum dengan kewibawaan dan kuasa dan diyakini membawa laba keuntungan dan kejayaan dalam hidup.
nah, inilah dia keistimewaan yg ada pada batu delima merah berkhadam ini. Alkisah dari cerita lisan mulut ke mulut bahawa batu delima ini jika direndam di dalam gelas yg berisi air jernih, maka akan menjadikan seluruh air dalam gelas tersebut merah warnanya. dan jika ditambah lagi 10 gelas terisi air dan diletakkan bersama gelas yg ada batu tadi, maka kesemua gelas yakni 11 biji gelas berisi air tadi akan berwarna merah kesemuanya. hebat bukan? memang hebat dan memang terbukti keadaan ini benar terjadi.
saya akan sambung maklumat ini bila saya ada kelapangan nanti. Wasallam

Monday, October 5, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum wth,
lamanya saya tertangguh untuk berbicara diruangan blog saya ini. begitulah saya, terlalulah sibuk tambahan pula ada kematian ahli keluarga. Alhamdulillah saya masih sihat waafiat dan semoga tuan/ puan juga sehat sejahtera.
Jadi rasanya masih tak terlewat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATHIN kepada semua pembaca setia blog saya ini dan semua peminat batu cincin.com. InsyaAllah saya akan teruskan usaha berbicara disini selagi ada kelapangan dan waktu.
sekian

Thursday, August 27, 2009
UJIAN BUNTAT ULAR
Assalamualaikum wth,
maaf kerana terpaksa ringkaskan cara saya menguji buntat ular. sebenarnya saya dah tulis panjang lebar tp tidak sempat nak save, line internet saya putus, habis hilang semua yg ditulis. jadi sempena ramadhan ini biarlah kita ringkaskan kerana kita semua memang kesntukan masa. almaklumlah siang hari puasa, malam hari pula bersolat tarawikh.
cara kedua saya uji sama ada geliga ular asli atau tidak ialah dgn mengadukan geliga tersebut berhadapan dgn ular tedung selar. sebenarnya apa-apa jenis ular pun kita boleh uji kan. bilamana geliga diadu dimuka ular, maka secara tiba-tiba ular tersebut tundukkan kepalanya seolah-olah bersujud selama lebih kurang 5 saat. kemudian ular tersebut bingkas bangun dan berlalu pergi. saya akui keaslian geliga ular ditangan saya kemudian cara yg ketiganya ialah...
hanya pakaikan geliga atau buntat ular tersebut dijari kita, bila mana saya memakainya dan semasa berjalan, saya sentiasa bersua dengan sebarang jenis ular samaada kecil atau besar melintas di hadapan atau ditepi saya. seolah-olah mengekori saya tetapi ular-ular tersebut tidak datang hampir, ular-ular tesebut hanya menampakkan diri mereka sekali lalu atau lintas saja kemudian hilang didalam semak belukar. itulah ceritanya perihal saya menguji geliga ular dan memilikinya pemberian dari pak hanif. dan satu pesanan dari pak hanif untuk saya supaya jangan sekali-kali menjual geliga ular tersebut walau apa keadaan sekalipun, jika saya kesulitan wang sekalipun saya tidak boleh menjualkannya. dan jika saya tidak mahu menyimpan geliga itu lagi, perlu diberikan kepada orang yg layak tanpa sebarang bayaran wang. itulah pesanan yg saya tanggung. sekian wassallam

Thursday, August 13, 2009
BUNTAT ULAR/ GELIGA ULAR
Assalamualaikum, sambungan cerita.....
sebelum ini saya ceritakan bahawa saya akan menguji keaslian dan kekuatan buntat ular pak hanif dengan membawakan bersama masa saya tidur. dan pada malam itu saya lakukannya. sebelum tidur, saya bacakan beberapa ayat kemudian bungkuskan buntat ular dalam kain putiih. saya letakkan buntat tu dibawah bantal dan terlelap tidur beberapa ketika kemudian.
malam itu saya mendapat mimpi yg mengerunkan, hadir mengadap kepada saya seekor ular yg sangat besar dengan taring yg tajam dan mata yg merenung tajam. saya amat ketakutan. kemudian ular besar itu berdiri lurus dihadapan saya, kembangkan kepalanya dengan lidah yg terjelir keluar. saya khuatirkan yg saya akan dipatuknya. tetapi ular itu tidak bertindak demikian, ular besar itu kemudian pusingkan kepalanya dan berlalu pergi. saya terbangun dan tengok jam pukul 3.30 pagi.
sebelah paginya saya ceritakan mimpi saya pada pak hanif dan beliau tidak terperanjat megentahuinya. beliau menjelaskan itulah satu bukti yg batu tersebut adalah geliga ular. saya angguk dan membenarkannya.

Sunday, July 26, 2009
Sambungan kisah geliga ular
Askm bersua kembali.
disambungkan cerita saya yg lepas. saya ringkaskan,
setelah selesai urusan saya dibukit kayu hitam tempohari, saya tidak terus singgah kerumah pak hanif kerana ada urusan lain yg menanti saya di rumah. saya terus pulang kerumah. berselang 2 minggu selepas itu, barulah saya menelefon pak hanif. beliau ceria meyambut salam saya dan terus menanyakan bilakah kehadiran saya ke rumahnya. saya menjelaskan memang tujuan saya menelefon untuk memberitahu bahawa saya akan bertamui ke rumahnya pada hari isnin nanti. setelah bercakap agak lama, tamatlah perbualan dgn pak hanif.
hari yg dijanjikan sudah tiba, selepas solat subuh saya mulakan perjalanan keutara, setelah hampir 5 jam perjalanan, tibalah saya kebandar sungai petani. saya menelefon pak hanif dan beliau menjemput saya di bandar sungai petani terus kerumahnya di sebuah perkampungan dipinggir bandar. dirumah pak hanif tinggal dgn isterinya saja. anak-anaknya semuanya dah bekeluarga dan tinggal berasingan dgn pak hanif suami isteri.
setelah solatv zohor, saya dijamu dgn juadah tengahari. petang itu kami bualkan topik lain. pada sebelah malamnya selepas solat isyak berjemaah, barulah kami berbicara perihal batu cincin dan permata dan khusus saya tujukan perihal geliga ular. pak hanif menjelaskan sekilas melihat saya tempohari, beliau dapat tahu yg saya mempunyai sedikit kemahiran dan ilmu tentang batu cincin dan permata. sebab itulah beliau menawarkan mewarisi geliga ular miliknya kepada saya.
ditunjukkannya buntat ular tersebut yg berbungkus dalam kain kuning. saya menilik batu hijau gelap tersebut dan bila diangkat tinggi pada sinaran cahaya lampu, saya dapat lihat corak sisik ular di bahagian bawah geliga tersebut. walaupun begitu, saya tidak akan percaya yg ia adalah geliaga ular asli selagi tidak diuji dahulu. ada 3 cara saya boleh menyudi keaslian batu geliga ular tersebut. pertamanya pada malam itu saya bawakan geliga itu ketempat tidur saya. insyaAllah saya sambung lagi dikemudian waktu....

Subscribe to:
Posts (Atom)