Friday, December 19, 2008

BATU DELIMA MERAH (BATU BUKIT), SUMBU BADAK JADI BATU

Assalamualaikum wth,
kembali saya utk menulis di ruangan ini, maaf dipinta tidak konsistent menulis disini kerana kesibukan waktu. saya amat - amat sibuk kebelakangan ini sampaikan email dan sms yg dihantar kadang-kadang lewat dibaca. apapun InsyaAllah akan saya usahakan sebaiknya dan sebolehnya untuk memberi maklumat diruangan ini.

baru sahaja dalam minggulepas saya mendapat sebiji batu delima bukit (delima merah) dan sumbu badak jadi batu. kedua -dua batu ini agak pelik dan menarik untuk dikongsi bersama.

pertamanya batu delima merah( batu bukit) yang diperolehi amat menarik sekali. kebanyakan delima merah (ruby) biasa kita dengar dan lihat dimerata kedai dan dipakai kebanyakan orang tetapi julung-julung kali saya melihat batu delima bukit (warna merah). amat cantik air batunya, sangat unik dgn warna merahnya menawan. saya tidak pasti kekerasan batu ini adakah sama dgn ruby biasa tetapi amat berbangga saya memilikinya dgn ikhtiar dan bayaran wang. saya akan certakan khasiat batu delima ini di kemudian hari dan saya akan sertakan gambarnya sekali nanti.

Satu lagi batu menarik yg saya baru dapat ialah sumbu badak jadi batu. pelik bukan?
tidak perlulah tuan-tuan semua pelik memikirkan batu yg istimewa ini! Penjelasanya begini.....

sumbu badak ini sebenarnya sumbu badak biasa tetapi tertanam diperut bumi sehingga ratusan ribu tahun lamanya sehingga proses perubahan mineral di perut bumi mengakibatkan sumbu badak ini menjadi fosil yakni batu. inilah barang purba yang amat sukar didapati. saya dapatkannya dgn usaha yg agak sukar (temasuk wang ringgit). saya akan tunjukkan gambarnya dan beritahu khasiatnya dilain kali. jika tuan-tuan nak tahu berapa fidyah ntuk kedua-dua barang ini, tunggulah sehingga saya pamirkan dilaman web saya. disini saya tidak mahu sentuh soal bayaran dan harga. sekian dulu. wasallam wth.

No comments: