Sunday, February 22, 2009

Sambungan Cerita

Assalamualaikum wth,
kembali kepada cerita saya tentang siA yg berjaya mendapatkan batu delima merah berkhadam dgn mahar sebanyak Rm20.000.

untuk membuktikan kepada si A tadi bahawa batu delima merah yg dimilikinya bukan delima merah berkhadam yg asli, saya menyuruhnya datang ke rumah saya pada hari minggu dan pada hari ahad siA datang bersema temannya si B. saya pendekkan cerita, setelah saya menjelaskan nserba sedikit perihal penipuan atau cara-cara menipu yg digunakan oleh orang indon yg menjual delima merah tersebut, saya pun mengambil batu tersebut dan meminta keizinan drp si A untuk membuktikan delima merah tersebut palsu.

lalu di hadapan si A dan kawannya itu, saya mengambil peralatan saya dan memotong batu delima merah tersebut, dipotong dibahagian tengah secara berhati-hati. ambil masa tak sampai 10 minit saya berjaya memotong batu delima tersebut pada bahagian tengah dan nampaklah sesuatu didalamnya. saya mengeluarkan benda kecil didalam batu tersebut, terkejut amat mereka melihat ada sesuatu didalam batu tersebut,

seterlah dikeluarkan benda tersebut, saya tunjukkan pada siA bahawa inilah lampu L.E.D kecil berwarna merah bersama satu bateri jam yg paling kecil dimasukkan kedalam batu delima tadi dengan baik digamkan dan dibuat sebaik rupa asal sehinggakan tidak nampak potongan yg telah dibuat pada batu tadi. lampu LED tadilah yg mengeluarkan cahaya merah semasa si A menguji ketika membeli batu tersebut dulu..... dan sekarang batu delima tersebut tidak lg mengeluarkan cahaya merah kerana baterinya sahaja yg habis. jika ditukar dgn bateri baru, nescaya batu tersebut akan mengeluarkan cahaya nya semula. itulah teknik yg digunakan untuk menipu.

saya harap semua peminat batu cincin semua agar tidak teruja dgn sebarang kejadian aneh dan ajaib yg berlaku semasa anda ingin membeli atau memiliki batu cincin atau apa sahaja barang unsur mistik. kerana separuh daripada nya berkemungkinan adalah penipuan. semuanya ada teknik dan cara masing -masing untuk menjadikannya memiliki kekuatan yg sebenar.

selidik dulu dgn terperinci dan bawalah orang yg arif bersama semasa urusan tersebut, fikirlah dulu berkali-kali jgn terburu membayar duit sahaja. sekian

2 comments:

CASH said...

sy juga ada satu bt delima. tapi tak tau macam mana nak guna nya. boleh tunjuk sy macam mana nak guna bt delima sy.

si para para said...

sya salah sorng daripada mereka yg kena tipu...padahal yg jual tu mcam tok syek tok lebai...cakap batu asli...gred A...tapi bila tanya org lain, cakap batu biasa je...ssh betul nk cari org yg betol2 jujur sekarang..