Wednesday, June 17, 2009

Batu Besi Melilih

Askum wth. sedikit panduan bersama perihal batu yg biasa disebut-sebut ramai peminat batu cincin iaitu batu besi melilih. ramai orang tahu sebut batu besi melilih tetapi tidak tahu khasiat dan perihal megenainya. batu ini wujud kebiasaannya diperut bumi yg bergunung ganang dan berbukit. bewarna hitam pekat biasa ditemui dalam saiz yg besar-besar. sebenarnya batu besi melilih juga pernah direkodkan ditemui dalam warna merah bercampur hitam.

saya dengan beberapa orang kawan pernah mendapat 2 ketul besi melilih sebesar penumbuk dewasa pada tahun 2008 di bukit panau daerah pasir mas kelantan. ketulan besar ini perlu dicanai dan di moleskan kepada saiz yg kecil yang sesuai dibuat batu cincin. batu melilih ini pada asasnya berada jauh kedalam perut bumi, di dalam peringkat ini suhu dasarnya adalah panas dan unsur besi melilih ini akan mencair seperti timah atau logam lain yg cair akibat kepanasan pada tahap kecairanya. jadi apabila berlaku pergerakan dalam lapisan bawah bumi, sedikit daripada unsur besi melilih yg cair ini akan bergerak naik kepada lapisan atas dan bila berada dilapisan atas unsur tersebut yg asalnya cair akan mengeras akibat suhu sejuk. maka itulah yg kita temui batu besi melilih yg berketul sedemikian.

besi melilih ini tidak akan melekat kepada besi seperti besi berani atau magnet. jangan salah anggap bila ada orang menunjukkan batu ini akan melekat di besi. jika demikian ia adalah bukan batu besi melilih yang asli. khasiatnya diketahui untuk penawar penyakit tertentu termasuk digunakan pada urusan melibatkan alam jin. keistimewaan lain digunakan sebagai pertahanan diri dan barang kesukaan makhluk ghaib. Wallahualam.

Monday, May 25, 2009

Batu Petir

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera,
masih info tentang batu petir. minggu sudah en ganes dari port klang teah memesan sebiji batu petir daripada saya dan beliau telah selamat terima pesanan tersebut. sedikit penjeasan disini bagi peminat batu cincin yg bukan islam yg telah memiliki batu cincin daripada saya dan yg ada niat untuk memesan batu cincin drp saya.

adalah diingatkan bagi peminat bukan islam bahawa urusan pengisian yang dibuat kepada batu cincin pesanan tuan/ puan adalah tidak seperti yg biasa dibuat kepada orang islam dan keseluruhannya adalah tidak sama dari segenap segi. termasuk dari urusan pemilihan batu, pengisian dan juga amalan yg diberikan yg mana tuan puan non muslim tidak akan diberi amalan. yg diberi hanyaah maklumat tengtang perihal batu. sekiranya perlukan penjelasan lanjut, diharap hubungi saya terus.

Tuesday, May 12, 2009

Batu Petir

Assalamualaikum wth,
bersua kembali diruangan blog ini, saya tahu ramai peminat setia batu cincin sentiasa tertunggu-tunggu info dan maklumat daripada saya, beginilah saya, tiada kesempatan masa untuk sentiasa konsisten menulis di sini. harap dimaaf.

kesempatan kali in saya ingin berikan maklumat kepada semua perihal batu petir. didunia pasaran batu cincin sekarang, kita akan biasa mendapati batu petir adalah bewarna hitam dan dapat dimiliki dgn bayaran sekitar RM100- RM500 mengikut jenis dan saiz batu tersebut. sebenarnya batu petir juga ada ditemui dalam warna merah dan warna coklat tetapi amat jarang. asalnya dari panahan petir meyambar kebumi. bersama-sama panahan tersebut, terdapat batu yg biasanya bila mencecah bumi, batu tersebut akan hilang masuk keperut bumi. dan yg pastinya batu petir amat sukar untuk ditemui.

khasiat batu petir dalam masyarakat nusantara banyak diwar-warkan sebagai pelindung diri yg ampuh dari bahana kejahatan manusia dan jin, juga mengelak sihir. batu petir juga adalah alat peyembuhan yg tinggi keampuhannya bagi beberapa jenis penyakit tertentu. pernah berlaku dapat digunakan merawat penyakit buta dan angin ahmar. dalam koleksi saya sebenarnya hanya ada 5 biji koleksi batu petir, insyaAllah bagi yg berniat untuk memilikinya sila tengok dilaman web. sekian sedikit maklumat perihal batu petir. Wallahualam

Monday, April 20, 2009

Badan Panas Bila Pakai Batu Hakikat

sambungan kisah en rosli dari johor yg mengalami masaalah panas dan tidak selesa setelah memiliki batu cincin hakikat daripada saya. telah saya ceritakan bahawa puncanya setelah diselidiki adalah dr amalan yg diterima semasa belajar silat suatu masa dahulu.

sebagai makluman kepada semua batu hakikat adalah batu yg bersifat sejuk, nama lain bagio batu hakikat ialah batu badar lumut, batu ini istimewa kerana terdapat tumbuhan lumut didalam nya dan kesan nya tidak mungkin pemakai akan merasa kepanasan, dan jika ini berlaku, mestilah kerana sebab luaran.

saya menyarankan en rosli datang bertemu dgn saya untuk berubat tetapi beliau tiada kelapangan, jadi saya terpaksa usahakan pengubatan jarak jauh yg sedikit rumit dan sukar, semoga saya bisa merawat beliau dan kini rawatan telah berlangsung selama 3 kali jumaat, Alhamdulillah beliau mengatakan tiada lg rasa kepanasan. InsyaAllah rawatan ini perlukan satu minggu lg untuk disempurnakan.

Thursday, April 9, 2009

MAKLUMBALAS PEMAKAI BATU CINCIN HAKIKAT

ASSALAMUALAIKUM WTH,
bersua kembali, minggu ini saya berjalan jauh ke utara tanah air atas urusan batucincin. di negeri perlis, saya menetap selama 3 hari di rumah tok sahid dan tujuan asalnya menarik batu cincin ddi sana tidak kesampaian kerana timbil beberapa masaalah yg tidak diduga. walaupun begitu saya tidak berputus asa dan InsyaAllah akan kembali semula kesana untuk meneruskan niat asal. terima kasih tok sahid dan keluarga.

balik ke rumah saya menerima panggilan encik Rosli dari negeri johor berhubung masaalah batu cincin yg diambil dari saya. beliau memiliki batu cincin hakikat dr saya selama lebih 1 bulan dipakai. masaalahnya en rosli memberitahu bila memakai batu hakikat, beliau merasa badannya panas seperti deman tetapi hakikatnya tidak. bila tidak pakai batu tersebut tidak pulak rasa panas-panas di badan.

saya sebenarnya sudah dapat meneka punca beliau menjadi begitu, setelah saya ajukan beberapa soalan, barulah en rosli membuka cerita perihal dirinya. beliau pernah menuntut ilmu silat daripada seorang guru dari tanah jawa 5 tahun lalu dan diberi juga amalan bathin. setelah diselidiki lebih mendalam, nyatalah ilmu silat yg en rosli tuntut dulu adalah puncanya. InsyaAllah saya sambung cerita ini.

Thursday, March 19, 2009

KITA SEBENARNYA TIDUR

Assalamualaikum wth tuan/ puan peminat batu-batu cincin dan permata juga kepada tuan/ puan yg telah memiliki batu cincin drp saya. sungguh dalam minggu-mingu ini saya kesibukan kerana saorang dari saudara terdekat sebelah isteri telah kembali kehadrat ilahi. sesungguhnya darp Allah kita datang dan kepada Allah juga kita akan kembali.

semua makhluk yg diberikan nyawa yakni hidup pasti akan menempuh kematian jua, tidak dapat tidak, pasti suatu hari nanti maut akan menjemput kita. saatnya itu hanya ada dalam pegentahuan Allah swt. Syaidina Ali ibni abi talib kw mengatakan bahawa manusia sebenarnya sedang tidur, mereka hanya akan terjaga apabila telah mati. maksudnya kita semua pada saat dan hari ini yg hidup walhal hakikatnya sedang tidur, tidur lalu melupakan tujuan sebenar kehidupan didunia ini.

Dan apabila malaikat maut datang mencabut nyawa, barulah manusia terjaga dari tidur yakni sedar bahawa mereka telah mensia-siakan masa hidup mereka didunia dulu, ketika sedar itu maka mereka akan menyesal sebesar-besar penyesalan tetapi semuanya tidak berguna lagi. itulah yg dimaksudkan mereka manusia akan terjaga dari tidur setelah berada dialam kematian atau barzah.

sekian sekadar renungan bersama.

Wednesday, March 4, 2009

TEKNIK-TEKNIK SAINS YG MENJADI AMALAN

Assalamualaikum wth semua,
sedikit yg saya ingin sentuh tentang bebrapa teknik-teknik sains dan teknologi yang melingkari dunia mistik, menjadi amalan sebilangan orang untuk mengambil kesempatan keatas orang lain. terdapat segelintir daripada pengamal-pengamal perubatan, guru-guru silat, bomoh atau dukun, ahli agama, peniaga-peniaga barangan antik dan pengumpul batu-batu cincin dan permata, guru-guru tarekat dan pengajar kebatinan yg menjalankan kegiatan tidak bermoral ini.

pengalaman saya melihat keris berdiri, malah ada yg terapung-apung diudara, batu cincin yg dapat digerakkan dari jauh, ujian kebal menggunakan pisau dihiris di tengkuk dan ditetak menggunakan parang, makan kaca, mandian minyak panas, tangan dibakar tidak hangus dan bermacam-macam lagi trik-trik yg dilihat oleh orang ramai dalam pandangan ajaib, hebat dan kekuatan yang menakjubkan, sebenarnya ada penjelasan logik akal kerana mereka-mereka ini sebenarnya menggunakan teknik-teknik ilmu sains dan teknologi yg rahsia. ilmu -ilmu sains dan teknologi ini diaplikasikan mereka didalam pekerjaan mereka untuk memberikan keyakinan yg tidak berbelah bagi orang awam yg berurusan dgn mereka. kemudian mereka mendapat keuntungan yg besar dari pekerjaan itu.

semua teknik-teknik ini ada dalam pegentahuan saya kerana saya berusaha mencungkilnya dgn usaha yg banyak malah juga menggunakan wang ringgit untuk mendapatkannya. jadi diharap masyarakat diluar tidak terburu-buru untuk merasa taksub dan kagum dengan perkara-perkara yg ajaib dan aneh yg diperlihat. saya tidak kata semuanya adalah tipu dan palsu, malah ramai juga yg benar-benar memiliki kekuatan dan keupayaan luar biasa ini, cuma saya hanya mengigatkan kepada tuan/ puan sebagai langkah pengcegahan agar tidak tertipu akibat kepintaran mereka dan ketaksuban kita.

Wallahhualam.