Wednesday, August 27, 2008

BATU PELAGAT


ASSALAMUALAIKUM. bersua kembali dalam blog batu cincin ini. lamanya saya tidak bercerita dilaman ini kerana saya outstation ke kelantan atas urusan bisnes batu permata saya ini. hampir 2 minggu disana. amat seronok rasa nak terus je tinggal sana.
gambar disebelah menunjukkan sebiji batu pelagat yg diikat dengan silver. tentu ramai yg tertanya-tanya apa itu batu pelagat dan apa keistimewaannya? baiklah saya akan ceritakan semuanya.
batu pelagat adalah batu gunung yang terbentuk beribu tahun lampau. batu2 gunung ini sebenarnya senang diperiolehi tetapi untuk menemui batu gunung pelagat jenis ini megambil masa 25 tahun baru dapat sebiji. ini diakui sendiri oleh seorang pakcik yg menjadi tukang canai/ moles kepada batu pelagat ini. menurut beliau semenjak melibatkan diri dalam kerja permolesan batu permata ini selama 25 tahun, inilah kali pertama beliau melihat batu pelagat yg seindah dan seunik ini. batu pelagat ini dimiliki oleh seorang kawan saya dari tanah merah.
Menariknya batu ini ialah satunya kerana corak bunga yang mekar hidup didalamnya. bunga tersebut akan mekar sedikit demi sedikit sehingga mencorakkan satu gambaran yg unik didalamnya. warna corak seakan bunga tersebut ialah bewarna seakan warna besi dan kuning seakan tembaga. ditambah pula dgn air batunya yg amat jernih menyejukkan jiwa orang yg memandangnya.
kawan saya ni sebenarnya bukan nak jual pun batu ini kerana telah lama disimpannya malah ramai yang menawar untuk membeli tetapi beliau tidak mahu jualkannya. bila saya tahu begitu saya pun minta pinjam untuk pakai sahaja kerana memang dah perangai saya amat suka dgn benda2 unik begini. janji saya dgn dia saya akan pulangkan lepas hari raya nanti. dalam pada itu saya saja2 tanya jika ada betul2 orang yg berminat berapa dia boleh setuju jualkan. dia kata aku tak nak jual tapi jika ada orang yang tawar rmxxxx boleh la kot. saya pun kata mak oii mahalnya dan dlm hati saya kata tak mungkin ada orang yg nak beli. apapun jika tuan/ puan yang saja2 nak tahu berapa harga yg nak dijual boleh la hubungi saya atau tengok harganya dilaman web saya.
ok. hai nampaknya blog saya ni dah lari tajuk kepada blog untuk selling product. minta maaf semua. saja saya ceritakan mengenai batu ini sekurang-kurangnya dapat juga menambah ilmu pegentahuan tuan/ puan semua tentang dunia perbatuan. baiklah saya mohon diri dulu dan InsyaAllah saya akan menulis lagi. Wasallam

No comments: