Wednesday, August 6, 2008

Kawan di Miri bertanya Khabar

pagi2 lagi saya menerima telefon dan sms daripada kawan2 dari miri sarawak. mereka bertanyakan khabar dan bertanya soalan yang muskil kpd saya. Alhamdulillah saya didalam nikmat kesihatan kurnia Allah. Tuan Hj kita dan kawan2nya telahpun menerima pesanan berupa batu delima merah sebanyak 2 biji dan batu pancha warna (nur) satu biji manakala encik Mohd Ramli kita telah terima batu hakikat.
Alhamdulillah. disini saya ingin memberikan sedikit maklumat tentang batu delima merah. Pertamanya batu delima merah atau dipanggil ruby ialah diantara batu cincin yg amat popular dalam masyarakat melayu. tanya sahaja siapapun baik dari golongan pelajar sekolah, remaja bahkan orang2 dewasa dan org2 lama kita semuanya pasti pernah mendengar tengtang batu yg satu ini.
Dikatakan batu delima merah yg paling power (istilah pada kekuatan magisnya) dimiliki oleh seorang ternama dan jutawan dari negara jiran kita indonesia yg mana batu itu apabila dilontarkan dalam kolam renang, maka satu kolam tersebut berubah warna airnya menjadi merah. Juga dikatakan apabila 20 orang berpimpin tangan antara satu dgn yg lain dan orang yg pertama itu menggenggam batu delima tersebut, orang yang terakhir sekali yakni bilangan ke20 dihiris dgn pisau dibadannya, maka tidak akan menjejaskan org itu sedikit pun.
begitulah kehebatan batu delima merah yg menjalar kepegentahuan masyarakat kita, menjadi buruan mereka yg megentahui kehebatannya. pernah dikatakan sebiji batu delima merah yg power telah dibeli oleh seorang kerabat raja dgn harga RM1.5 juta. bayangkan betapa hebatnya keghairahan org2 kita dalam mendapatkan satu barang magis yg hebat ini.
saya nak sambung banyak lagi tp mata ni dah rasa berat sangat. maklumlah hari ini keluar tengahari dan 12 mlm baru pulang. insyaAllah disambung kemudian.

No comments: