Monday, August 11, 2008

Ruby cantik seindah nama

saya ingin sambung kembali info tentang ruby, yang juga dikenal dgn batu delima merah. Dalam simpanan saya ada 3 jenis ruby iaitu delima merah retak seribu, delima bintang dan delima daging (hati). delima merah retak seribu amat cantik dengan silauan cahayanya yg tembus dari atas kebawah disamping memiliki urat@akar batu yang seolah-olah retak. walau bagaimanapun para pelanggan batu cincin yang telah memiliki batu delima merah ini jangan risau kerana retaknya itu bukan bermakna batu tersebut akan pecah, retak itu ialah urat@akar batu.
Delima merah bintang juga sebenarnya juga yg terbaik mengikut minat masing-masing. warnanya bercirikan merah pink dan jika disuluh dgn cahaya ia tidak telus. tetapi yg menarik tentangnya ialah segaris biasan cahaya yg tertera diatasnya membentuk bintang enam penjuru. harga bagi delima ini biasanya agak mahal juga tidak kalah dgn delima retak seribu.
Yg ketiga pula ialah delima hati atau daging. memiliki warna merah yg agak gelap dengan akarnya yg bercorak seakan-akan urat daging. kilauan cahaya yg dibiaskan amat menarik dengan penampilan corak uratnya. harganya pun agak mahal. jadi peminat2 batu delima merah sekalian, tepuk dada tanyalah selera. semuanya cantik dan menarik, harganya pun boleh tahan.
sekian dulu info pasal ruby. diharap semua penerima2 batu cincin dari saya puashati dgn kualiti batu dan mendapat manafaat dari ilmu yg diberi. Wasallam.

No comments: